Monday, May 26, 2008

rokok

dulu masa aku kecil
aku dikelilingi asap rokok
tapi aku ditegah merokok
aku taat

bila aku remaja
aku cuba meokok
tak boleh
terbatuk-batuk

tapi aku teringin
macam orang dewasa
nampak lebih garang dan matang
aku pun
cuba lagi

kini aku terus merokok
kerana sedap dan nikmat
tapi aku pernah terfikir
untuk berhenti disini
apakah aku akan berjaya?

No comments: