Monday, May 26, 2008

K

kuku
kuku kaki
kuku kaki kiri
kuku kaki kiri ku
kuku kaki kiri ku kaku

rokok

dulu masa aku kecil
aku dikelilingi asap rokok
tapi aku ditegah merokok
aku taat

bila aku remaja
aku cuba meokok
tak boleh
terbatuk-batuk

tapi aku teringin
macam orang dewasa
nampak lebih garang dan matang
aku pun
cuba lagi

kini aku terus merokok
kerana sedap dan nikmat
tapi aku pernah terfikir
untuk berhenti disini
apakah aku akan berjaya?

perjuangan kita

Hampir setiap malam ,empat kali seminggu. Siapa kata tak letih. Aku dah lah kerja petang. Sampai rumah terus mandi, sembahyang maghrib. Kadang-kadang sempat makan kadang-kadang tak sempat. Letih kerja belum hilang lagi dah nak kena jalan lagi. Memang letih. Dah tu duit kena keluar lebih. Paling seksa nak bayar yuran lebih-lebih lagi sekarang dia orang street sikit. Pantang lambat bayar kena gugur. Aku dah kena sekali tapi nasib la 'rayuanku' diterima.
Member ajak sambung master lepas ni tapi aku tak janji.m nak rehat dulu. Anak-anak aku pun asyik merungut je bila aku pergi kelas."asyik-asyik ayah tak ade je, boringla". Pernah aku kena pensyarah street giler. dahla aku penat berkejar sana sini, sanpai-sampai pintu dewan dikunci. Tension habis. Sekarang ni dah nak habis belajar.dah nak mula rasa lega sikit la.

qurban

dimulai oleh si habil
yang taat dan patuh
lagi jujur dan telus
beza dengan qabil
yang keras dan degil

disambung oleh ismail
anak taat lagi beriman
merelakan lembut lehernya
untuk disiat belati tajam

hebatnya sibapa
iman cekal walau diduga
iblis kecewa gagal mencuba
dilontar batu oleh insan mulia

kini kita penyambungnya
umat akhir zaman
pewaris dari keturunannya
setitis darah yang luruh
sebuah tuntutan besar maksudnya
bakal dibekal nun disana

larangan

andadiorangmembacatulisaninilakautaknakkenetipuandadilarangmembacatulisaninikalautaknakkenatipuanadadilarangmembacatulisaninikalautaknakakenatipu.
laaaa....dia nak baca jugak.

indahnya irama

cip.cip.cip..........terbang mencari nasib
embeeek............padang rumput dirobek
ong.ong.............pemuzik kolong
kokoook............nyaringbertenggek dipokok
krik.krik...........alunan gemersik
iandahnya desaku
irama asli
dam semulajadi

aku

ambo.........kawe
hamba......saya
kulo...........nyong
eden.........ese
I...........me
semuanya adalah aku